Tuesday, November 3, 2009

Esok masih ada harapan lagi untuk ku....

Aku Bukan GAGAL!

Dalam sutu wawancara televisyen ESPN, ditayangkan suatu temubual di mana seorang bintang sukan yang terkenal mengisahkan tentang perjalanan kariernya:

Lebih dari 3000 kali saya diberi kepercayaan untuk menjaringkan bola ke jaring lawan namun saya gagal melakukannya. Saya diberi 26 kali kepercayaan oleh tim saya untuk melakukan tembakan terakhir pada saat pertandingan final dan saya pun gagal. Lebih dari 300 kali saya berkontribusi dalam kekalahan tim saya Chicago Bulls dan kini saya masih digelar sebagai pemain terhebat sepanjang masa. Sayalah Michael Jordan.”

Abraham Lincoln adalah seorang peribadi yang unik. Sifatnya yang pantang menyerah telah membuatnya mampu bertahan menghadapi berbagai rintangan dan menjadi orang yang berjaya. Abraham Lincoln mampu membuat kegagalan
menjadi “batu loncatan” untuk maju dari satu keberhasilan kepada keberhasilan yang lebih tinggi. Lihatlah catatan sejarah hidupnya dibawah ini.

ABRAHAM LINCOLN

1816 : Keluarganya diusir dari rumahnya, sehingga ia harus bekerja
1818 : Ibunya meninggal dunia.
1831 : Gagal dalam bisnes
1832 : Gagal menjadi anggota legislatif. Ia kehilanganpekerjaan dan ingin sekolah di
fakultas hukum tetapi tidak diterima.
1833 : Meminjam wang untuk memulakan lagi perniagaan tetapi bangrap pada tahun itu juga.
Beliau harus melungsaikan hutangnya selama 17 tahun
1834 : Terpilih sebagai anggota legislatif
1835 : Bertunang, kemudian tunangannya mati dan beliau patah hati
1836 : Mengalami “nervous breakdown” dan terpaksa berbaring selama 6 bulan
1838 : Ingin menjadi pembicara badan legislatif, tetapi gagal
1840 : Ingin menjadi “Elector”, tetapi gagal
1843 : Ingin menjadi anggota kongres, tetapi gagal
1846 : Berhasil menjadi anggota kongres
1848 : Tidak terpilih untuk yang kedua kalinya sebagai anggota kongres
1849 : Melamar sebagai walikota, tetapi ditolak
1854 : Ingin menjadi anggota Senat Amerika, tetapi gagal
1856 : Mencalonkan diri sebagai Wakil Presiden Amerika, tetapi gagal kerena beliau hanya
mendapat suara kurang dari 100
1858 : Ingin menjadi anggota Senat Amerika lagi,tetapi kalah
1860 : Terpilih menjadi Presiden Amerika Syarikat

Ya, kegagalan bukan pengakhiran bila……

1) Kita sedar bahawa setiap orang pernah gagal.

2) Kita sedar bahawa kasih dan pengampunan Allah tidak bergantung pada kegagalan kita.

3) Kita bersedia untuk bangkit kembali.

Billy Lim menulis sebuah buku yang sangat popular di Malaysia, judulnya Dare to Fail. Dalam buku tersebut ia mencantumkan beberapa survey yang menyatakan bahawa 240 kali proses jatuh bangun seorang bayi, sebelum ia mampu berjalan.

Menurut anda, ketika bayi itu jatuh, apakah ia akan menyalahkan orang tuanya kerana kurang membimbingnya, atau menyalahkan lantai kerana licin? Ooo… tidak, para bayi belum boleh berfikiran sejauh itu. Bahkan mereka menikmati sekali proses jatuh bangun itu. Mereka tanpa berfikir lama akan bangkit lagi dengan tersenyum dan semangat. Mereka bangkit dan berusaha mencuba sekali lagi, sekali lagi, dan sekali lagi. Sampai bila? Sampai mereka bisa berjalan.

Rupanya, sejak lahir, Tuhan telah mengajar kita bahawa….

Pertama, kegagalan adalah sesuatu yang normal dan alamiah...

Kedua, kunci menuju sukses adalah bangun dan bangkit dari kegagalan itu…

Jikalah anda merasa berputus asa karena gagal hari ini sadarlah bahawa kegagalan bukanlah suatu pengakhiran dari segalanya bila kita bersedia bangkit kembali dari kegagalan itu….Ayuh,kita sama bangun semula!!!

No comments:

Post a Comment